Balik kampung !!!!!




ASSALAMUALIKUM ..πŸ‘―πŸ‘―πŸ‘―

Korang buad apa cuti ahad ni?. Pergi kenduri kawen siapa-siapa tak? Banyakkan kenduri kawen.Okey yang mana pergi tu hati-hati.

Okey , yaa aku dah pun sampai dekat rumah untuk menghabiskan waktu-waktu cuti aku. Cuti aku untuk kali ni tak da lah lama sangat rasanya sebab bila dah habis cuti nanti dan bukak balik rutin macam biasa untuk kelas, dah mula ada satu kertas dan diikuti dengan "lab test". Jadi cuti-cuti pun kena belajar jugakk,.πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡

ya , perjalanan aku sepanjang nak balik kampung tu semuanya berjalan lancar.Memandangkan aku ada kelas pada jumaat lepas sampai pukul 10.30(sebab Dr kasi keluar awal)

Balik je dari kelas makro terus aku makan.Ye lah sebab tikah cakap nak gerak pukul 12 kan.Jadinya saki baki barang yang aku belum masuk lagi tu terus je masukkan dan cek semula barang yang aku bawak balik sebab takut lupa. Ni 'part' penting tahu sebab takut tertinggal.Jadinya untuk korang tu, kalau ada barang yang nak bawak balik tu cek semula sebab tak lama pun masa.

                        
Tengah tunggu tikah waktu ni


Aku terus je naik grab dari kolej tikah sebab sai pun ada dekat situ kan.Jadi kitorg ingat kan lama lah kan nak rehat-rehat tapi sebenarnya tak.Nasib baiklah kami gerak awal dari kolej sampai ke KTM. Masa tu, orang ramai sangat sebab ye lah masing-masing nak balik cuti kan.Suasana kat TBS masa tu pun jangan cakaplah ramai ya amat. 

Masa sampai je dekat TBS tu aku terus je pergi surau dengan sai, sebab tikah kena beratur beli KFC diorang (dia dengan Sai). Aku pergi surau tu pun tengok orang pun ramai sangat. 

Aku memutuskan untuk ambil wuduk sepsiap dekat kolej sebab aku ingat nanti sampai dah masuk waktu zohor.Dan sangkaan tu tepat sekali, sebab waktu sampai tu duduk je kejap terus dah masuk waktu.Jadinya waktu jadi waktu puncak sebab ramai orang nak berebut solat.

Aku? aku tak ambil wuduklah sebab dah ada kan , jadi terus je capai telekung dan solat.

selepas 20 minit (sambil tunggu sai)πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’πŸ’’

Aku terus je pergi dekat tikah.Ya Allah aku ingat tikah dah dapat makanan diorang kan rupanya tikah baru je NAK dapat makanan.Selepas 20 minit? YA  SELEPAS 20 MINIT.Punyalah ramai manusia dalam KFC tu sebab nak beli makanan kan.

selepas dah tunggu tikah stabilkan diri sebab penat sangat waktu dia berdiri lama, tunggu kejap je dah nak dekat pukul 3 petang(lagi 20 minit). Kami bertiga pun siap-siap dan terus je pergi "gate 15", dan waktu turun tu , operator dekat situ dah buad panggilan untuk bas kitorang. Cepat kan sedangkan jam belum lagi tiga dan nasib baiklah kami sampai awal sebab bas memang gerak awal.


Lepas je dah scan kod semua, aku letak beg dan memang harapan nak tidur sebab lepak dengan yan sampai pukul 1 dan aku macam biasalah nak tidur malam kena ambil "mood" dulu.Pagi tu jangan cakaplah muka memang nampak sebab penat kan.


          Ini lah muka yang takboleh bawak bincang tuπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†



tiikah pun penat dengan sai tu.


selepas je dah 5 jam dalam bas tu, aku pun dah sampai pukul 8.55 malam.Ya sangat panjang waktunya.Aku ni tidur dalam bas tak lena lena jugak sebab selalunya bawak 'A*** jr" sekali tapi aku buad keputusan untuk tinggal je.hahahha😏😏😏😏


Aku rasa pengalaman balik ni sangat seronok sebab aku rasalah semuanya cepat je. Dan sampai je terus mak aku dengan ayah aku sambut,.Hujan pun sambut jugak, lebat sangat.Dan cuba lah teka bila sampai rumah.,Terkejut aku yang kucing-kucing semua dah besar-besar semuanya.

Masyaallah cepat betul membesar adik adik kakak ni, semmoga terus je lagi besar kay.

Ingat tak lagi kopi? yaa dia sangat cantik dengan ekor dan bulu kembang dia tu.Tapi masih sama mulut manyak bising dan aku jadi maalas nak main dengan dia sebab macam aku bagi sakit pulak nak meow meow hahahhah STRESS. 

haaa, sampai je rumah mak aku buad sup ekor, tapi tak bekesempatan nak makan banyak lagi sebab masih kenyang kan. Jadinya makan esok je dengan nasi ayam yang mak buad untuk aku.Terima kasih mak, terima kasih banyak. Terima kasih untuk ayah jugak sebab ambilkan aku dekat "bus stop" .

Anak sedara aku ke? ya, memandangkan aku janji nak bagi buku mewarna dan pensil warna haritu semestinyalah aku bawak sekali. Takkan lupa pulak kan sebab barang untuk dia tak pernah lupa pun.

Okeylah sampai sini je pengalaman balik kampung aku untuk kali ni, doakan aku dapat jawab soalan dengan baik nanti

sampai sini je.......     jumpa lagi.

                                            

                                    Manyak sayang -intanpayongπŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“





































Ulasan

Catatan Popular