Pengalaman : Aku anak angkat
ππ Assalamualaikum, hai,πππ sihat ke?.haaha.Okey untuk entri kali ni agak menarik sikit sebab aku nak bercerita tentang pengalaman aku menjadi sebahagian daripada keluarga angkat sewaktu aku mengikuti kursus citra. Best ke jadi anak angkat?
Haa nak tahu best ke tk best ke baca sampai habis dulu/..πππ
"
Pada
20 oktober sehingga 22 oktober 2017 aku telah menghadiri satu tugasan lapangan
yang dinamakan sebagai program anak angkat dibawah Kursus LMCU Etika
Keushawanan dan Tanggungjawab Sosial Korporat
di Pulau Manis ,Pahang . Tugasan lapangan ini adalah dibawah bimbingan
Dr Sarmila dan beberapa orang pensyarah yang lain yang turut sama membantu sepanjang program ini berlangsung. Sejujurnya ,
Program anak angkat ini adalah suatu
program yang sangat menarik bagi aku kerana aku sangat teruja
dan tidak sabar untuk merasaisendiri bagaimana rasanya penglaman mempunyai keluarga angkat.
Peta lokasi : Kg Pulau Manis Pahang |
Hari yang dinantikan telah pun tiba apabila aku mula dibahagikan mengikut keluarga
angkat masing-masing. Dari situ bermulah pengalaman aku dan dua lagi rakanku (biah dan sara) sebagai anak
angkat kepada pasangan Puan Rosnaniyah
bt Md Idris dan Encik Gopran b Ismail.
Tadaaaaaaaaππ ,ni lah mak angkat kamiiiii |
Rakanku,rabiah bersama kakak dan adik sewaktu bersiar-siar selepas penat ke pasar |
Sepanjang program anak angkat ni berlangsung
selama 3 hari dua malam , kumpulan aku telah
mengenalpasti beberapa kelebihan yang terdapat dalam diri mak, Puan Rosnaniyah
sepanjang perkampungan kami dirumah beliau.Mesra disapa kak Ros, beliau sangat
peramah dan dikenali dalam kalangan jiran tetangga. Sebut saja nama Kak Ros
hampir semua orang mengenalinya .Tetapi ,disebabkan kesihatannya
yang kurang mengizinkan, mak terpaksa mengurangkan aktiviti yang disukainya bagi
memfokuskan sepenuhnya terhadap kesihatannya.
Dari kiri (belakang),aku,sara,biah. dari kiri (depan),mak,abah, adik dan kakak |
Selain itu ,kami turut melakukan aktiviti-aktiviti lain antaranya,memasak bersama,mencolek buah,membawa adik dan kakak ke pasar malam dan memain permaianan rakyat disana.Seronok sangat bersama mereka,penglaman ini merupakan antara pengalaman yaang termanis bagi aku sepanjang penutupan tahun 2017.Benar kata orang,kita takkan tahu susahnya hidup seseorang selagi kita tak merasai sendiri bagaimana keadaaan mereka.
Mencolek buah mempelam bersama jiran sebelah rumah |
Memasak makanan tengahhari |
Penglaman bermain "tuju kasut" bersama mereka
Disebalik kekuatan yang dimiliki
oleh mak Puan Rosnaniyah , mak juga
mempunyai kelemahan yang telah menyukarkan segala gerak kerja dan aktiviti
sehariannya. Mak disyakki menghidap penyakit tiga serangkai iaitu,jantung ,
kencing manis dan buah pinggang yang memaksa mak untuk berulang alik ke
hospital yang jauh terletak dibandar sebanyak 2 kali sebulan. Abah juga
terpaksa berulang alik ke hospital dan tidak begitu baik dari segi kesihatan
fizikalnya.
sedih sangat apabila mendengar kakak menceritakan pengalaman sewaktu banjir berlaku ditempat tersebut .Kata kakak, masa tu susah sangat, terpaksa naik sampan dan menyelusuri sungai pahang untuk mendapatkan rawatan di hospital.Namun bila difikirkan balik,ujian bagi setiap manusiakan berbeza,jadi sangat "salute" sebab mereka kuat sampai sekarang.yaa,,mereka kuat dan semoga terus kuat,,,
KINI...
"Sudah hampir 9 bulan aku meninggalkan rumah mereka,namun tinggal disana sangat mematangkan aku,terima kasih semuanya,"
(sedih pulak) πππ
Apa-apa pun, pengalaman ni best lah .so sampai sini je untuk penglaman aku kali ni.nanti ada masa aku tulis lagi yee... salam mondayyy!!!!! assalamualaikum.byeeeeeeπ
π
Ulasan