puasa pertama !
Umum mengetahui, hari ini merupakan hari pertama umat islam menyambut bulan ramadhan al mubarak yang penuh berkat.Bersempena dengan hari ini, aku pun tak terlepas nak kongsikan pengalaman pertama aku berpuasa bila berjauhan dengan mak dan ayah.Nak dikatakan ada banyak perbezaan tu , sejujurnya aku tidaklah rasa macam banyak yang sangat banyaklah.hahahhahaha,Sebab yang rasa berbeza tu cuma aku rasa bila waktu sahur je.Ye , selalunya , kalau bangun sahur, mak aku yang kejutkan.
Kalau kat rumah kan, waktu sahur bila mak panggil aku tak adalah terasa nak bangun dengan segera,tapi, bila ayah aku panggil sahur, laju je bangun. Sebab garang ke? tak adalah, ayah aku kalau kejut sahur bukanlah garang, lembut je suaranya, tapi tak tahu kenapa, cepat je bangun.
Rindu sangat nak mak aku cakap macam ni, bangunlah, minum air masak pun cukuplah, janji minum air.Tapi semalam, eh pagi tadi, aku bangun sendiri tahu. Itu pun jam yang kejutkan tepat-tepat pukul 5 aku bangun.Mula-mula aku tetapkan jam pukul 4.50. Sebab aku fikir kalau terbabas tak adalah bangun lambat sangat kan.Tapi set jugak pukul 5.Akhirnya bangun lah aku tepat lima pagi.
Pagi tadi aku bangun,rasa macam mimpi je nak sahur.Dalam kepala nak makan apa.Aku baru teringat yang dekat dalam almari aku yang stok makanan banyak lagi.Ada roti yang mak aku suruh beli haritu dengan susu kotak dan oats.Aku ada baca haritu, kalau nak dibandingkan nasi dengan oats, lebih baik makan oats sebab waktu kenyang dia lama sangat.
Tapi untuk pagi tadi, aku makan roti sekeping,oats dengan susu kotak tu.Alhamdulillah serius, bertahan lama aku sampai petang.Tak rasa macam puasa pun.
Ni haaa untuk sahur tadi ahahahaππππππππππ
Ringkas je makan nya sebab fikir nak sambung tidur je.
Ohh ya, hari ini aku sibuk uruskan kad siswa aku dengan Remy dekat unikeb.Tapi akhirnya kena uruskan hari isnin insyaaallah kalau tak ada aral melintang.Lepas je balik dari unikeb, aku balik semula pergi dtams, untuk scan kad.Lepas je dah habis hari keushawanan dekat dtams tu, aku teman Remy beli barang dekat Kajang. Betul, waktu ni, aku tak rasa lapar langsung dan nak air langsung.Dalam hati terasa bersyukur sangat hari pertama puasa Allah mudahkan tidak terhingga.
Tadaa, masa ni gedik sikit sebab main tukar-tukar kaca mata dengan Remyπ°π°π°π°π°. Baru tahu "power" mata remy lagi tinggi dari aku.
Lepas je sampai, maka adalah masalah lain.nak tahu tak apa? .Kedai tutup ke? bukan ,Masalah "kabus"
Orang cakap untuk masalah dekat atas niπππ
Hanya orang yang berkaca mata je yang tahu.Hari ni, penat puasa datang bila nak dekat berbuka.Penat rasa, tak larad nak bercakap. Hari ini berbuka dengan Aliah je. Mulut dia banyak.Aku panggil dia pukul 7 suruh datang bilik, tapi bila dia menyembang. Nak dekat berbuka dah pun tak terasa.Banyak sangat cerita dia.
Okeylah aku akhiri blog aku sampai sini je.Sebab nak sambung belajar makro untuk "final"
Doakan semuanya dipermudahkan.Ya jangan lupa niat puasa untuk esok pula. Tak sabar rasanya.
ASSALAMUALAIKUM..
Ulasan