Bukan Manja tapi nak bercerita ,
Assalamualikum, Hai semua, malam ni baru ada masa sikit nak tulis blog untuk entri " bukan manja tapi nak bercerita" .
Aku pilih tajuk ni sebab aku nak ceritakan sikit pengalaman aku waktu mak dengan ayah aku pergi menunaikan haji dan umrah.Subhanaallah perasaan sebelum mereka berangkat tu hanya Allah je yang tahu dalam hati ni.
Hati cakap tak rela, tapi mereka tetamu Allah,ya,bumi para anbia sedang menanti mereka.
Aku dapat tengok kegembiraan dihati mereka bercampur sayu dan pilu untuk meninggalkan kami adik beradik di tanah air.Ya sejujurnya aku rasa sebak dan pilu kerana waktu sesi masuk untuk belajar semua kedatangan rakan-rakan yang lain ibu bapa yang hantarkan.
Dari situ,aku terfikir dan cakap dalam hati sendiri."Ya Allah macam ni rasanya kalau tak ada mak dengan ayah apatah lagi kalau dah betul-betuk mereka kembali menghadap Ilahi.
Selepas "check in" ,ya aku duduk dikerusi belajar yang disediakan.Barang masih lagi belum berkemas,Aku ternangis lagi sebab aku terdengar seorang mak cik bual bual dengan anaknya yang baru je masuk waktu tu,
Makcik tu cakap "sini mak tolong kemaskan,jaga diri baik-baik,nak makan apa sebelum mak balik"
Allah lagilah aku tak kuad
dalam hati aku hanya mampu berdoa semoga mak dengan ayah aku baik-baik je.
Oh yaa masa masuk UKM tu kakak aku yang hantarkan.
betul, tak sama.Aku minta kakak aku pulang awal sebab aku tak nak susahkan dia dan aku boleh kemas sendiri barang aku memandangkan penglaman waktu "stay" dekat asrama dulu
![]() |
| MAAF LAH TAK JELAS SEBAB MASA TU EMOSI ๐๐๐ |
Lepas je kakak aku balik tu,aku pelan-pelan kemas barang-barang aku.Haha nak dijadikan cerita waktu mula-mula masuk rasa janggal gila nak kenal-kenal dengan orang.Maklumlah waktu tu kan rasa macam kita je yang tak ada kawan tapi sebenarnya perasaan je tu orang lain pun sama jugak.
Pada waktu ni,aku seriuslah nak cakap waktu susun barang masih lagi nangis sebab rindu dekat mak aaku.Yelah waktu tu aku tak dapat khabar berita lagi dari mak aku,.Bukanlah aku tak tahu mak aku ok ke tak okey tapi masih tak boleh sembang-sembang lah kan.Yelah ,aku petang dia malam dah nak tidur sebab zon waktu 5 jam lebih awal dari waktu Malaysia.
![]() |
| Ni masa aku tolong jahitkan pelekat ni dekat telekung mak aku .Jahitkan pelekat ni pun dah nanges masa tu ,tapi aku banggalah sebab aku yang jahitkan sendiri untuk mak aku. |
Sambung lagi cerita,
tiba-tiba satu hari tu aku "kol" mak aku tapi tak angkat.kecewa jangan lah cakap sebab dah dekat tiga minggu rasanya lepas mak aku pergi dengan ayah tak pernah cakap lagi dengan diorang.
Lepastu ayah aku "kol" aku semula sebab tengok panggilan dari luar.Aku pon angkat lah.
Eh rupanya mak aku kol sebab nak cakap dengan aku.
Ayat pertama keluar ok ke.Makan tak? "NAK CUKAP OKEY YANG SEBENARNYA TAK OKEY PUN TAK BOLEH" SEBAB dah nak nangis.hahahahhaaa
tu lah kat rumah aku selalu sembang dengan mak je kadang-kadang dengan ayah.Bila jauh sikit tu tak boleh tu.
![]() |
| My dad with his friend |
![]() |
| Mak aku yang hujung sekali tu tengah main fon๐ |
Haha ..Panjang kan aku cerita untuk kali ni,tapi kan apa aku nak cakap kat sini.Betul hargai mak dengan ayah kita sewaktu mereka masih bernafas.Sebab suatu hari nanti kalau dah tak ada siapa yang akan pedulikan kita.siapa yang akan tolong ingatkan kita.siapa yang akan tanya hari-hari dekat kita nak makan apa hari ni.Serius sepanjang umur aku 21 tahun.tolak "life" dekat hostel dengan universiti tak pernah sekali pun kalau tengah hari mak aku berenti untuk tanya kamu nak makan apa hari ni.
sebab dalam keluarga yang paling memilih dari segi makan dan semua benda tu aku,.hahah.sabarlah ye mak.
Dan aku waktu dekat kolej ni jangan tanyalah kena buat apakan.Sebab minggu pertama masuk kan minggu Mesra Mahasiswa (MMM).Kenalah suai kenal dengan orang.Pengaalaman lewat tidur sampai aku rasa bosan tahap tahap tak boleh bawak bincang waktu nilah.waktu malam sebab tidur lewat ya amatttttt....
![]() |
| Suasana waktu perang Dectar #OMARIAN |
Kini dah hampir lamanya mak aku dengan aayah tinggalkan bumi Makkah.Aku pun dah masuk semesta dua.Perjalanan aku jauh lagi.Ramai kawan-kawan yang dah bertunang.Ni baru aku masuk belajar sem 2 tahu.nanti kalau aku dah habes belajar banyak lah kut yang dah kawen .
Aku?
Aku jauh lagi,Insyallah lepas degree nak sambung master.dan terus je sambung PHD untuk dapatkan gelaran Dr.
Insyallah.Doakan aku.semoga boleh jadi pensyarah terbaik dan bagi ilmu untuk muslimin dan muslimat sekalian,
insyAllah.
Jumpa Lagi,
Much love-intanpayong๐๐









Ulasan