FIRST ENTRI : Best Ke Masuk Fom6




Assalamualaikum..yes yes yes,ini merupakan entri pertama dari aku.🙋.

Jujurnyalah dulu masa aku tingkatan 5, aku tak pandang langsung dekat akak akak dengan abang-abang fom6.🙇‍♀️Bagi aku mereka tu golongan tak pandai dan tak nak belajar rajin-rajin.Tapi sebenarnya aku salah..First aku masuk fom6, aku bagi alasan dekat mak aku. Aku cakap susah,padahal aku masih tunggu harapan untuk tahu result iv Pusat Perubatan universiti Malaya(ppum).Maklumlah,nak jadi nurse,,,Tapi rancangan Allah maha hebat.Aku dapat,tapi masa pihak ppum call aku cabarage kat kampung takde💔.Lama sangat takda.Dalam seminggu tu dah biasa tak de line kat kampung aku .Tapi tak apalah, dah rezeki aku kat sini.

Menangis ke? gila tak nangis, tapi lama lama aku redha😊.Berbalik pada tajuk entri.Best ke?😣 offfffcourseeeeee best sangat!!!! 😤kalau sesiapa yang tengah baca ni dekat fom6 dan akan masuk fom6.Nasihat aku ,korang teruskanlah.Yang penting niat tu penting.Kenapa korang kat situ.Kalau risau pasal subjek ekonomi ke, korang jangan dengar senior korang yang malas tu.Buat je banyak latihan📚.Tanya cikgu.Kalau risau dengan pengajian Am.korang selalulah jumpa cikgu.Tanya apa point penting .Dia ada "term-term" dia yang korang kena faham.First sem pastikan score okey.Kalau pengajian am ke atau subjek ada C stu macam aku . relek je. ulang. dan pastikan buad betul-betul.Korang boleh.Bukan tak boleh.💪
Haa kan dah kena ceramah panjang.Apa-apa pun fom6 memang best.Memang sem 2 aku panggil killer sem.sebab padat sangat sem tu.Ohhh lupa nak bagitahu,dekat sekolah,aku ambil empat 🤳🤳subjek.Pengajian AM.Bahasa Melayu, Ekonomi dan Pengajian perniagaan.

Kalau Sem 2 tu sakit sikit BM dia sebab kena faham,ingat dan amalkan sebab tatabahasa dia pure.Panjang aku cerita, sinilah aku tunjukkan result aku overall.

Nilah result aku.Aku harap yang tengah kat fom6 sekarang teruskan langkah okey.Korang boleh  berjaya malahan lebih dari apa yang aku dapat sekarang.Kemanisan tu akan datang bila last dah tahu result tu.Itu yang paling manis sangat😊Good luck!!!!! korang . kalau ada salah sepanjang aku menulis ,maafkanlah ,sebab baru baby lagi ni😉.Jumpa di entri seterusnya,,,,,🤸‍♀️🤸













Ulasan

Catatan Popular