Orang Miskin dilarang Pandai?????


Hai semua ,
😎😎 bertemu kembali, seperti yang aku janjikan pada sebentar tadi ,aku nak kongsikan pengalaman aku menghadiri "talk" tentang tajuk seperti yang dekat atas tu.Untuk pengetahuan semua, "talk" ni dimodiratorkan oleh Mat Luthfi, dengan panel-panel yang bagi aku cukup tak asing lagilah ,Antaranya ialah Aina Haziqah,Syed AZmi dan Dr Hartini.Aku cakap macam aku kenal je semua ni kan.Haha, Aina Haziqah tu aku baru kenal masa aku hadiri program ni.Seorang peguam yang lantang dan merupakan seorang graduan undang-undang disebuah universiti di German.Beliau sangat lantang dalam memberikan pendapat dan membela nasib mereka mereka yang ditindas dan sering dilihat membantu dalam memberikan khidmat guaman kepada mereka yang kurang bernasib baik supaya nasib mereka sentiasa dibela.



perasaan aku masa mula mula nak isi nama tu?? pada mulanya aku agak rasa "talk" ni bosan ,tapi masa kawan-kawan isi tu ,aku tengok diorang semangat sangat.oh ye. "offer" untuk pergi  "talk" ni hanya terbuka kepada 5 orang sahaja.Ya semestinya, siapa cepat dia dapat. Tapi bila dah isi dan pergi terus jee rasa macam tak sabar rasanya nak ambil input dari situ.Aku nak ucapakan  jutaan terima kasih kepada Puan Shazlinda sebab bawak aku dan beberapa lagi kawan lain untuk turut serta dalam "talk" tu. 



kembali semula,,,korang kenal tak dengan Syed Azmi?
yA .Syed Azmi... namanya juga tak asing dalam kancah media sosial dalam memberikan pembelaan dan suara bagi mereka yang ditindas begitu juga dengan Dr Hartini juga membuad hal yang sama. 



suasana sewaktu "talk" bermula.



Korang nak tahu macam mana suasana pada ketika itu berlangsung . jom tengok video dekat bawah ni.Ini merupakn antara wawancara yang sempat aku rakam.






                   

Apa yang boleh aku simpulkan untuk siri satu adalah kepentingan kita ,sebagai masyarakat untuk tidak pentingkan diri sendiri.Begitu juga dalam kehidupan,kita haruslah sentiasa saling mebantu.Yang kaya bantu bantulah yang miskin dan tidak berkemampuan.sebabnya dalam setiap rezeki kita akan ada rezeki orang lain jugak.Aku tertarik dengan apa yang Syed Azmi cakap.Orang SEKARANG selagi masalah tu dia tak dapat selagi tulah dia akan tudingkan jari dan cakap "eh biarlah.yang tu anak dia bukan anak aku,!.lagi "biarlah itu masalah dia ,bukan masalah aku" 



"guys,guys,guys"!!! sampai bila kita nak jadi masyarakat yang macam nI? so pentingnya kita, kita kena bukak mata dan santiasa letakkan empati dalam diri agar memahami masalah orang lain.




Korang patut pergi sendiri dan bercampur dengan mereka,dekat situ korang akan tahu betapa betulnya apa yang aku cakapkan ni.



EMOSI PULAK....
Antara rakan yang turut sama hadir bersama aku,Remy

Suasana sebelum "talk" bermula.

EHHHHHHH kejap-kejap, untuk mereka yang nak hadir ke siri 2 nanti bolehlah hadir ye.Tempatnya adalah ditempat yang sama .Pada 26 Mac 2017 nanti.Kehadiran anda sangatlah berharga dari mereka.




 jumpa nanti untuk entri seterusnya. much love-intanpayong












Ulasan

Catatan Popular