Pengalaman jadi STUDENT praktikal
Assalamualikum semua !! tengah buad apa tu ? sihat ke tak? sakit ? alalalalalal kesiannya.πππ haha. Okey untuk entri kali ini aku nak tepati janji aku untuk menceritakan tentang pengalaman yang "super duper" berharga bagi aku.
Ya , betul aku pernah janji masa entri yang lepas kan untuk cerita tentang SALAH satu unit yang terdapat di dalam Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.Apakah unitnya? masih ingat lagi tak korang ? ke dah lupa? tak apalah. hahahahah jangan paksa otak untuk berfikir kan malam malam ni. Yes, betul. Nama unit tu ialah Unit Pendidikan pelanggan. Untuk "student" UKM mesti korang tak pernah dengar tentang unit ni kan.Ya kalau yang dah pernah tahu tu Alhamdulillah tahniah, hahah sebab aku sendiri pun tak pernah tahu unit tu fungsi dia apa kan sejak aku mula diberi tugas untuk praktikal kat unit tu.
Ya , dekat gambar atas tu, Puan Nik Salimah Nik Abdullah, beliau merupakan peneraju untuk unit ni.SubhanAllah , orangnya baik sangat, sopan santun, tak buad aku kekok dan sedia jawab semua soalan yang aku ajukan dengan tenang sangat.
Pertama kali aku melangkah kan kaki pada pertemuan pertama ke unit ni aku rasa sangatlah kekok.Ye lah, berdebar lah sebab aku takutlah kan,tapi aku tak boleh lah takut-takut."First" praktikal aku pilih waktu antara jam 11 - jam 1 petang. Untuk makluman semua, praktikal aku ni bukanlah satu hari suntuk nak kena duduk dekat unit tu, tapi praktikal ni mesti delengkapkan selama 4 jam.Jadi nya, terpulang nak buad berapa jam sekali praktikal asalkan melengkapi keempat-empat jam tersebut.
Masa mula mula masuk tu, sangat seronok sebenarnya.Biasalah dah nama pun kita praktikal, jadi puan Nik Salimah banyak bagi tau tentang selok-belok unit tu, ya macam biasa, rakaman sangatlah penting sebab ni untuk tips korang jugaklah, nak tulis memang janganlah cakap, sangat banyak. Kalau sayang semua input tu , lebih baik rakam je sebab nanti bila buad laporan senang je, terus je dengar balik dan rungkaikan isi penting.π
Apa tugas pertama?
ya, ini adalah saat yang aku tak sabar nak tunggu.Aku dibawa ke pejabat am yang ada dekat dalam unit tu,
tugasnya ialah merekod hasil maklum balaas pengguna yang telah mengikuti kursus kemahiran maklumat yang telah dijalankan oleh unit ini. Aku perlu memasukkan mengikut skala dan ini adalah bahagian yang sangatlah penting sebab ni semua untuk diaplikasi dalam indeks pencapaian unit. Haaaa, tahu tak anda? apa objektif kualiti unit ni?
Mesti tak tahu kan?πππππ
Objektif nya ialah 85% pelanggan berpuas hati terhadap Kursus Kemahiran Maklumat (KKM). Dah tahu kan. 85% tu sangatlah tinggi. Tapi aku difahamkan oleh Puan Nik Salimah yang mereka telah pun mencapaai objektif kualiti unit iaitu 90% ke atas . Ya, sangat melebihi sasaran.
![]() |
Ini merupakan contoh borang penilaian kualiti tersebut yang perlu direkodkan dalam maklumat pencapaian unit . |
Memandangkan aku hanya bertugas sampai jam 2 petang je.Jadi kerja praktikal aku habis sampai dekat situ je. Hahaha. ya, tengok je sikit tapi sebenarnya, satu jam dah dihabiskan dengan sesi pemberitahu tentang Unit Pendididkan Pelanggan oleh Puan Salimah.
Hari yang seterusnya pun melabuhkan tirainya.πππππππ
Jadi , masih lagi aku ambil waktu yang sama untuk sesi kedua bagi melengkapkan jam praktikal aku. Kiranya bila dah cukup dua jam untuk yang ini.Ya, dah habislah praktikal aku.
Untuk kali ni, aku diberikan tugas di bahagian pengindeksaan. Semestinya dikawal selia oleh Puan Azreen.
Serius nak cakap, pentingnya pengindeksan ni sampai segala maklumat kena susun dan isi dengan cara yang sungguh tertib ya amat.πππππ
Sebab , kalau salah, nanti sangat menyusahkan "studen" lah khususnya untuk proses mencari buku dalam laman web perpustakaan UKM dan satu lagi laman web penting adalah di opac GEMILANG.
okey, kembali pada tugas.
![]() |
Ini adalah langkah dalam pengindeksan yang perlu diikut. |
Ya, betul, selepas je dah tengok semua maklumat dan uturan tugas pengindeksan tu, aku disuruh mengisinya dalam perisian virtual.Ya sememangnya perisian yang khusus untuk pengindeksan buku.
![]() |
Ini yang dah siap aku buad. |
Satu je cara nak bagitahu.hahahaha, jangan lupa tekan save dan perlu rekod nombor macam ni ππππππππππππ kat dalam buku perekodan
aku buad sampai 12 taw.
12 tu kira banyak jugak. Sebab aku buad ni pun start dari pukul 11 wey sampai lah 12.30 hari. hahah. Aku ingat senang je, tapi sebenarnya tidakkkk.
Dah sampai 12 tu, aku pun disuruh berhenti buad pengindeksan oleh Puan Azreen.
Baki 30 minit aku buad apa?
BALIKLAH,βββββππ TUNGGU APA LAGI.
tak , tak, tak,.
Aku takkan lah nak balik kan sebab aku tulis dalam kertas laporan sampai 1 petang.oh ya , pengindeksan yang aku buad tadi tu untuk koleksi rujukan je sebab koleksi rujukan merupakan antara salah satu koleksi yang dipengang oleh Unit Pendidikan Pelanggan.
Selepas je dah siap tu, aku pergi ke bahagian yang paling penting sekali iaitu DR maklumat di bahagian Meja Penasihat Membaca.
Apa tugas kat sini pulak???
![]() |
Suasana di Meja Penasihat Membaca |
Sepanjang aku berada di meja ni, tak banyak tugas dan kerja yang dapat aku buad memandangkan dekat bahagian ni adalah untuk orang-orang pakar je.Tugas untuk bahagian ni adalah untuk membantu pelanggan mencari segala maklumat yang mereka inginkan.
Tak kira dari sudut apa, tapi kebanyakan yang datang kesini adalah "student" master dan Phd yang ingin membuat penyelidikan. Tapi, ini tak bermakna, pelanggan yang selain pelajar ni tak boleh pergi ke unit ni. Sudah semestinya jawapannya ialah boleh. Selain menguruskan pencarian maklumat, Meja Penasihat Membaca juga berperanan penting dalam menguruskan I-Quest.Haaa apa pulak I-Quest tu? nanti aku terangkan untuk entri yang seterunya di bahagian kedua okey.
Jadi, selepas 30 minit aku melihat segala kejadian yang berlaku di situ, apa yang aku boleh simpulkan adalah, tugas di perpustakaan bukanlah sekadar menyusun buku je, tapi ada banyak lagi tugas lain di unit ini. Nak tahu lagi tak? apa tugasnya, "so stay tune" untuk entri yang seterusnya okey.
dan demikianlah pengalaman praktikal aku dan ap yang dah pun aku buad sepanjang aku jadi pelajar praktikal dekat PTSL.
JADI......... -TAMMAT-
Much love- intanpayongπππ
Ulasan