Akhirnya boleh balik !


Hai semua. Untuk entri kali ini aku sangat teruja sangat.Ingat tak yang aku cakap pasal entri lepas tu yang aku tak boleh.Tidakkkk, boleh je balik.Alhamdulillah. Situasi dia macam ni taw. Hari khamis lepas , "lecture" akaun aku cakap kelas ditangguhkan sebab kerajaan  baru iaitu Pakatan Harapan bagi cuti.Aku pun apa lagi, terus je kemas barang. eh Masa tu aku memang dah kemas barang dah. Aku terus capai tuala dan pergi mandi.

Seronoknya boleh balik...

Tapi kan,.Apa yang aku fikir dalam kepala pada masa tu satu je.Sempat ke tidak nak beli tiket sebab masa aku tengok tiket online pun dah semakin habis.Pada mulanya aku nak tunggu pukul 2 petang baru bertolak, tapi sebab aku nak beli tiket dekat TBS jadi itu yang aku gerak awal sangat.

Sampai je dekat ktm, aku cek balik eticket untuk tengok seat.Terrkejut aku, tiket pukul 3 petang dah habis.Cuma tinggal satu je lagi trip petang iaitu pukul 4.00 petang. Pastu? aku fikir, wajar ke aku terus tunggu sebab seat sangat terhad sebab masing-masing nak balik kan.Jadi aku pun terus je beli online. Macam mana aku beli? hahahahah masa aku tunggu tu kebetulan ada si hanim.Dia lah yang ajar dan tengok ni...


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


Tengok. dan inilah hasilnya....πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†πŸ‘†
Dalam hati , aku dh lega dah.Nasib jam bas hanim pun tak lama. sebab hanim naik 2.30. Sekejap je aku duduk lepas tu dah sampai rumah.ya perak 5 jam.Masa aku sampai dekat Tbs tu masyaallah ramai sangat orang, sebab semuanya nak balik kan.Dalam hati aku terfikir.Macam mana lah kan aku balik raya nanti sebab ni pun baru je dapat cuti untuk pilihan raya.


Gambar dekat atas,...πŸ‘†πŸ‘†sedih sebab tak dapat duduk. Ramai sangatπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.


Ya. Sejujurnya bukanlah mudah nak tunggu dari pukul 2.30 sampai 4 okay. Lama lah jugak. Itu aku positif je hahahha. Tunggu dengan penuh kemangantutan. Serius, mengantuk sangat, sebab tak cukup tidur. Lepas je naik bas tu terus je tidur.lena tu tak payah cakap lah,.HAhahaah.

Oh yaa, sebelum berakhir kisah aku ni, rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahnia kepada kerajaan Malaysia yang baru dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Muhammad.

Credit : Google
Sesungguhnya rakyat telah bersuara, dan suara rakyat itu jelas dan kuat. Semoga amanah yang diberikan kepada kalian dapat dijalankan dengan baik tanpa berat sebelah. Tahniah dan Syabas saya ucapakan !

Yaaa tidak lupa jugak buad kepimpinan DS Najib, terima kasih semuanya. 


Okey nanti jumpa lagi untuk entri seterusnya. Assalamualaikum semuaaaa....✋✋✋✋✋✋❤❤❤


love- intanpayong.











Ulasan

Entah berkata…
boleh saya contact kamu?

Catatan Popular