Dapat Kad Siswa !


Salam,  6 ramadhan semua.Sekejap je masa pejam celik pejam celik dah masuk hari keenam kita berpuasa.Macam mana untuk hari keenam ni.Dah ada yang tewas ke? hehehe.Okey , aku gurau je.Tahu semua baik-baik dan puasa penuh .kan? kan?πŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’Ÿ. Untuk entri kali ini, aku nak cerita tentang pengalaman pertama aku dapat kad siswa.Ini kira kali pertama lah sebab masa di tingkatan enam, aku dapat baucer buku yang nilainya sama dengan kad siswa sekarang iaitu Rm250.Untuk pengetahuan semua, penukaran baucer kepada kad siswa tanpa tunai ini dilancarkan oleh yang YAB mantan perdana menteri DS Najib Razak.Semasa pembentangan laporan untuk penukaran kad ini, beliau ada menambah yang pemberian baucer sudah tidak valid lagi kerana, pelajar universiti awam dan juga swasta termasuk pelajar-pelajar di tingkatan enam dan matrikulasi boleh mendapatkan buku yang mereka inginkan sebagai rujukan secara atas talian.Hanya dihujung jari sahaja, sudah dapat melayari e-books secara percuma.Bagi aku , eloklah kiranya ditukarkan sebegini bagi membantu pelajar menggunakan kad ini untuk tujuan pembeliaan alatan tulis serta kelengkapan yang lain.
Hasrat murni ini, harus diingati sepanjang beliau menjadi perdana menteri dan aku ucapkan terima kasih sangat-sangat.


Setelah je dapat email dari bank rakyat, terus je cetak email tu dan simpan, sebab bank rakyat dekat tempat yang aku buad tu, dia sangat nakkan salinan email yang dah aku cetakkan beserta kad pelajar dan ic.
Selepas je dah lengkap, serahkan borang dekat kaunter seperti yang kakak bank tu minta dan tunggu semula untuk diaa panggil bagi proses pemberiaan kad.Ingat, proses pemberiaan kad je, nombor jangan buang, sebab masih lagi digunakan untuk berjumpa dengan kakak di kaunter 5.(Pada masa aku buad kad tu)untuk tukar pin

Aku tak tahu macam mana prosedur dekat tempat lain,sama je dari segi pengisian borang dan sebagainya aku rasa.Haaaaa duduk je kejap, dah dapat kad siswa,Alhamdulillah lah sebab masa tu tak ada orang sangat,jadi aku dapatlah awal.😁😁


Tapi tapi tapi, sedang aku duduk urus kad siswa, hati aku tergerak untuk semak online tiket bas. Kebetulan dah bukak.Jadi sementara tunggu nama aku dipanggil untuk penukaran pin, aku terus je beli tiket bas untuk balik raya.hahahahah.Awalkan? ye sebab masa kau beli tu, banyak jugak yang dah "sold out!". Daripada melopong nanti, molek kiranya terus je beli.

Dan inilah hasilnya.TadaaaaaaaaaaπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



Tepat je dah dapat email dari sistem tiket menandakan yang pihak sana sudah menerima bayaran aku, terus je nama aku dipanggil oleh kaunter.
Lepas je dah settle semua, aku terus je balik .Eh tak balik lagi.Aku terus je mesin untuk pindahkan semua duit aku kat dalam akaun lagi satu.
Haaa, lepastu, baru boleh balik dengan senang hati.hihihiπŸ‘΄πŸ‘΄πŸ‘΄πŸ‘΄

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Sampai je bilik, aku rehat kejap sebab aku ada kelas pukul 2. Banyak jugak dapat rehat sebab aku sampai dalam 12.30tengahari. 

Dan masuk je waktu terus je solat dan siap-siap untuk kekelas.


Okey, yang gambar atas tu, aku kena tunggu dekat luar dulu sebab ada kelas lain masih guna dewan untuk pembentangan.hihi.Jadi kena tunggu sampai kelas tu habis.

Okeylah, itu sahaja cerita dari aku untuk entri kali ini.
Selamat berbuka semua !
Assalamualaikum
















Ulasan

Catatan Popular