Last Program Bersama !




Haii, Assalamualaikum semua. Jumpa lagi,πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ, Haaa aku ada satu cerita baharu yang nak aku kongsi sama sama dengan korang semua dalam blog aku ni. Apaaa ceritanya ? 

Pada 28/4/2018., sekretariat Kerohanian dan Sivik telah menjalankan satu program yang dinamakan sebagai Kursus Amali Sembelihan dan Pengurusan Jenazah dengan Kerjasama Kelab Iqra , Kolej Ungku Omar . Haaa program ni berlangsung dari jam 8.30 pagi sehinggalah pada pukul 5.30 petang. Apa tugas aku? aku macam biasalah masih memegang portfolio bendahari sekretaraiat. Tapi apa yang aku nak kongsikan untuk ilmu ni sangat berguna tahu. 

                             



Program ini dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama adalah sesi untuk Amali Sembelihan. Aku sejujurnya tak adalah berasa teruja sangat untuk slot pertama ni. Sebabnya waktu sekolah menengah dulu aku dah pun terlibat untuk proses sembelihan jadinya tak adalah rasa semua benda nak buad. Tapi dulu waktu kat sekolah , aku ni berani je.Semua benda nak cuba walaupun hanya sembelih burung putuh je . Hahahahahhahaaa. Ye sekarang aku dah kurang dah sebab rasa kesian dekat haiwan tu menjadi jadi.Kiranya waktu malam yang ada makan-makan untuk ayam yang diorang dah sembelih tu yaa aku tak pergi sebab aku kesian. Huhuhu.


Okey , aku ada nak bagi video ni dekat bawah . JANGAN lupa tengok okey. NI kiranya macam gambaran suasana lah yang nak aku kongsikan untuk korang semua.


Beranikan . Yang tengah pegang ayam tu , Sara Wahid nama dia. Waktu sebelum program berlangsung lagi dia memang dah semangat tanya bila ni nak buad intan?. Nanti jangan lupa aku. Yaa dia memang semangat dan sesungguhnya aku sangat bangga dengan dia .Kolej dia jauh jugak. Sanggup datang jalan kaki dari KAB (Kolej Aminuddin Baki) semata-mata nak ceburkan diri sekali dalam Amali dan Slot Jenazah.Katanya dah lama tunggu untuk ikut program macam dan kebetulan waktu sekretariat aku buad program ni dia tak sibuk.Anugerah Allah kan.


Okeyy, Jom cerita untuk slot yang kedua iaitu slot Pengurusan jenazah.Haa sebenarnya dalam banyak-banyak slot, slot nilah yang aku tunggu-tunggu. Aku teringin sangat nak belajar.Akhirnya. 



Rupanya tugas menguruskan jenazah ya, umum mengetahui bukan satu tugas yang mudah. Sangat rumit. Aku kongsikan sedekit ye. Betul , hidup kat dunia ni tak lama pun.Bila mati je anak adam itu, Tak boleg lari sedekit pun bila mana kematian menjemput.Rasa kerdil sangat. Teringat dekat ustazah yang mengajar tentang ilmu pengurusan ni.Dia pernah menguruskan jenazah remaja yang meninggal.Apa yang dia nak sampaikan kat aku dan kawan-kawan.Bila meninggal je semua benda orang lain yang uruskan.Dan janganlah buad benda dan perkara yang sia-sia macam menindik ditempat selain telinga.Sebab dekat telinga pun kalau nak tindik satu je .Tak boleh lebih dari tu.Ada sebabnya. Selain dari tu, Kalau kita nak menghadap Allah ustazah tu cakap lagi.,kalau ada pakai pendakap gigi ke apa ke wajib buang. Sebab nak menghadap Allah tak boleh bawak benda-benda yang kita buad dekat dunia lagi. Dan satu lagi pesan yang paling terkesan sekali.Kalau meninggal kuku pun tak boleh buang lagi dah.Kena biar kekal . Kecuali kalau meninggal dan tatoo tu, dimaafkanlah.Sebab tu urusan si mati dengan Allah sebab dia memang tak boleh buang sebab dah sebati dengan darah dan daging .

Takut kan. ya semoga kita mati nanti dalam keadaan yang baik.Amin.

Okey tutup cerita pasal program sekretariat.Apa yang aku nak simpulkan adalah, sekretariat kerohanian memang terbaik.Dekat sinilah aku kumpul banyak merit.Tapi bukan tu saja KAN.Dari aku join program yang lain baik dalam berprogram dapat tambah ilmu fardu ain dan fardu kifayah.Manalah tahu nanti, Kalau mak dan ayah aku dah tak ada , siapa tahu aku boleh tolong uruskan sisa terkhir ibuku kan.Semoga Allah panjangkan umur kedua ibu dan bapaku.AMinnn



Ohhh yaa sedar tak sedar.Sekretariat ni pun nanti aku dah tamat dah jadi bendahari.Hahahahah . Ada lah kat bawah ni gambar kenang kenangan kami.Alhamdulillah semoga jumpa lagi dekat program akan datang bukan sahaja dalam sekretariat tapi program kolej yang lain.Apaa apa pun sekretariat Kerohanian dan Sivik KUO memang terbaik.

Okey korang sampai sini je Perkongsian aku.Nanti ada cerita yang menarik aku tulis lagi. 

Selamat malam. Assalamualaikum...


Belanja satu gambar sekretariat okey..πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




Manis kan? hahha.Bye !!!!!!!!!!












Ulasan

Catatan Popular