PERTAMA KALI TAK ADA AIR !
HAI SEMUA .Assalamualaikum. Tengah rehat ke tu ?
Apa yang pertamakali dari aku ye? yaaaa , semalam merupakan kisah yang pertama kali aku lalui tak ada air dekat kolej. Yaa tak ada air sebab paip pecah dekat tempat pusat kesihatan. Mahunya tak susah .Nak ambil wuduk pun susah.Aku dah lah masa khamis semalam dari fakulti. Ingatkan nak solat dekat surau, tapi hmmm perut dah lapar sangat.Aku teman Remy kawan aku balik kolej.Mulanya ingat nak masuk dewan kuliah 2 sebab masa tu ada "battle " untuk yang berjaya menang "pitching" untuk citra keushawanan dan inovasi.Tapi, Remy ajak balik .Aku pun baliklah.
Nak tahu lagi satu benda yang menarik untuk haritu tak? Ya aku lupa nak tekan loceng masa naik bas.Lepastu perhentiaan bas yang selepas tu adalah pusat kesihantan. Benda tu adalah perkara yang paling kelakar sekali yang pernah aku lalui. Tapi aku rasa bukan salah aku jugak sebab selalunya lah kan aku naik bas, pakcik bas selalu je berhenti dekat setiap stesyen. Tapi kan, masa aku naik kali ni aku tak tekan dan ya dia tak berhenti.
Jadinya, pengajaran hari semalam adalah,tekan je loceng dekat bas tu.hahhahaahahha.Jangan jadi macam aku okey?
Habis cerita semalam (khamis). Cerita untuk harini lain pula. Alhamdulillah , aku mandi pergi kelas Makro harini.
Ada apa-apa menarik tak? Biasalah minggu depan merupakan minggu pilihn raya, jadi ramai sangat yang dah balik.Aku???????
Masih disini. Aku bukan tak mahu balik, tapi aku fikir ubs untuk "account" belum siap lagi. Bayangkan tadi jam 3 petang buad ubs, dengan Ina(kawan aku) tu pun masih belum siap .Yaaa penggunaan sofware tu sangatlah rumit untuk manusia yang pertama kali bagi aku.
Semalam dengan kisah harini, semuanya pertama kali. Kalau ikutkan hari ni nak makan tengah hari dengan Izyan. Tapi izyan ada hal. Pertama kali yan ada hal "time-time" aku tengah lapar kan.hahhahahaahhaahahhaaah
Tak apalah, nak buad macam mana.Jadual waktu dia dengan aku jauh sangatlah bezanya.
Sebut pasal Ubs. Masih lagi belum siap.Ingatnya aku akan sambung hari ahad, sebab ina cakap hari ahad dia tak sibuk. Alhamdulillah, ada yang membantu sebab ubs tu kena hantar 11 mei.
Kenapa aku tak buad minggu depan? ya janganlah, hahaahahha minggu depan rasanya, minggu aku nak balik sebab kelas makro dah tak ada.
Doakan, semoga semuanya dipermudahkan.
Sebut pasal tak ada air kat kolej, semalam aku ambil wuduk dengan mineral je. Ya Allah, baru tahu nikmat bila air tak ada. Macam manalah saudara kita dekat somalia sana atau dekat afrika sana ye. Yang panas terik, yang kelaparan. Kesiannyaaa๐ข๐ข๐ข๐ข๐
Bila tak ada air semalam, baru aku tahu ertinya bersyukur.Selama ni kan, kalau gosok gigi, tak pernah aku tutup pili air tu.hahahahhahhahahahaaa . Ya, aku tahu korang pun buad macam tu jugak kan.Mengaku jelah. Tapi, betul, susah bila air tak adaaa๐๐๐๐๐
Jadi korang bila guna air , jangan bazir ye.
Okeylah, Harini , aku tak ada benda yang menarik pun nak cerita. Cumanya, hari-hari yang biasa je.Hahaahahahha. Bosan kan? itulah.
Okey ,, jumpa lagi!!! Assalamualaikummm semua.
Selamat malam ๐๐๐
Ulasan