Hai, Assalamualaikum,,☺, aku datang lagi kali ni dengan new post sebab aku ada janji haritu dekat beberapa orang yang dm dan tanya macam mana aku dapat dekan dan tentang tips studi. Pertanyaan ni sebenarnya dah lama. tapi aku baru je nak "share" .
Bila cakap pasal dekan ni, kalau dekat UKM, pointer cantik nak dekan setiap sem tu 3.65. Tapi since last year, as i remember yang dekan fakulti hanya akan raikan student yang dapat pointer 3.75 dan ke atas sahaja. Tapi jangan risau yang dapat dekan 3.65 sehingga 3.74 ke , masih lagi diterima dan boleh dapat sijil dekan tapi kena ambil dekat pejabat dekan .
Sebenarnya bagi aku tak ada apa yang paling istimewa pun. Cuma satu je nak highlight kat sini iaitu IBU.
KREDIT: Google |
Kenapa aku cakap pasal ibu? sebab doa dari ibu betul sangat mustajab dan tiada hijab. Kalau nak exam or tengah studi ke .Nak masuk pergi dewan exam. Aku akan ambil masa untuk "call" mak aku, bagitahu yang dah nak masuk exam ni. Yang ni aku buat untuk setiap kali kertas yang aku ada. Tapi sebelum tu , korang bagitaw lah dia dulu nak exam, jangan nak exam baru nak call.Jangan lupa ayah sekali.
2. Buat nota.
- kenapa penting sangat ke? π π , ya bagi aku style aku belajar every bab mesti aku tulis balik nota dan ringkaskan seringkas yang boleh. kalau ada pengiraan atau rumus. Aku akan letak dia dekat satu kertas nota yang lain. Haa dekat situ aku kumpulkan semua rumus yang ada. BARULAH , bila nak recall balik, aku senang nak tengok. Lagi satu tak serabut sebab teori2 , rumus rumus dekat satu tempat jadi senang sangat nak rujuk balik.
macam dekat atas ni, aku akan letak kan bahagian pengiraan satu tempat macam ni, dan jadikan dia nota yang mudah dan ringkas.
selain tu, aku juga suka guna sticky notes yang macam niπππ
Yang ni kalau ada teori, graf dengan rumus, aku akan guna dan lukis banyak kali pastu tampal kat board.
3. Studi past year
Aku akan studi past year dan buat latihan dekat sini bila aku dah habis studi dan recall. Yang ini aku akan buat dekat soalan atau subjek yang akan ada mcq (multiple choice question). Penting studi past year sebab kalau perasan , lecturer selalu guna past year untuk masukkan balik soalan. Soalan bergantung sama ada sama atau dia ubah sikit sikit.
Haa, yang aku pangkah dengan xx tu, sebab soalan past year yang tiada. Jadi, jawab yang ada ja. Jawab banyak kali pun tak apa, nanti bila ada soalan sama ke atau lecturer ubah sikit, otak kita akan cepat function sebab dia dah pernah jawab macam tu,
4. Fotostat slide lecturer
Dalam kelas, aku akan guna sepenuhnya slide yang lecturer bagi, Sebabnya, dekat dalam kelas ja aku akan faham betul-betul sebab dah tak ada ulangan lagi. Untuk bahagian yang kosong tu, aku akan tulis nota penting yang pensyarah bagi . Sebab tu kalau aku print nota, aku takkan print depan belakang, sebab bahagian yang kosong tu, aku guna untuk tulis nota penting untuk setiap bahagian nota.Nanti , bila nak buat rujukan, baru lah aku tak cari dekat mana aku tulis.Lepastu, sebelum masuk kelas, bacalah nota yang dah print ke fotostat ke, sebab waktu kita baca tu, otak kita sebenarnya tengah proses dan simpan maklumat .Bila kita start belajar dengan pensyarah , yang mana maklumat tak faham tu, otak kita akan lebih mudah tangkap sebab kita dah store maklumat yang first kita baca dalam memori.
5. Jaga hubungan dengan manusia
Yang bahagian ni, mungkin nampak simple.Tapi, better kalau dalam hubungan hari-hari, jaga hubungan korang dengan kawan-kawan dan orang lain. Yang ni penting sebab kita tak tahu bila kawan kita terasa dengan kita. Kadang takut dia tak maafkan nanti, susah nak jawab exam. Minta maaf kalau ada buat salah, kalau tak ada buat salah pun, mintalah maaf juga. Kitakan selalu lupa. Yang penting jangan sombong dan selalu tanya kawan kalau tak faham.
Kredit : Google |
Untuk tips dekan kali ni, aku rasa itu ja yang aku biasa buat. Tapi aku pasti, cara setiap orang belajar lain-lain. Jadi, fokus je dengan cara yang kita selalu guna tu .Tapi bila dah usaha jangan lupa tawakal.Apa sahaja keputusan yang Allah bagi lepas tu, kena redha dan jangan pernah buruk sangka dengan Allah. Tapi apa yang aku percaya, kalau dah usaha, mesti ada hasil. Mana mungkin Allah kecewakan kita kan.
ALL THE BEST SEMUA!
Ulasan